SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

Rumah Impian Bangsa Johor

Yayasan Sultan Ibrahim Johor

 

BilSoalanJawapan
Apa peranan Yayasan Sultan Ibrahim Johor?Yayasan Sultan Ibrahim Johor berperanan sebagai pemudahcara dan penyelaras kepada pembangunan Rumah Impian Bangsa Johor.
2.Siapa yang boleh mendaftar di dalam Sistem Rumah Impian Bangsa Johor?Pendaftaran melalui Sistem Rumah Impian Bangsa Johor adalah terbuka dan dibuat sepenuhnya didalam talian (online).
3.Siapakah yang layak untuk memohon Rumah Impian Bangsa Johor ini?Syarat Kelayakan permohonan Rumah Impian Bangsa Johor adalah sebagaimana berikut:

    1. Warganegara Malaysia Berumur 25 Tahun Ke Atas.
    2. Hanya satu permohonan sahaja dibenarkan bagi setiap pasangan yang berkahwin.
    3. Keutamaan diberi kepada pemohon yang belum pernah memiliki rumah.
JenisHarga RumahPendapatan

Isi Rumah

Rumah Impian Bangsa Johor (A)Dibawah RM 100,000Tidak Lebih RM 5,000 sebulan
Rumah Impian Bangsa Johor (B)Diantara RM 100,001 dan RM 150,000Tidak Lebih RM 8,000 sebulan
Rumah Impian Bangsa Johor (C)Lebih RM150,000Terbuka dan tertakluk kepada kriteria institusi kewangan
4.Adakah saya perlu membayar yuran / fi / wang pendahuluan untuk memohon Rumah Impian Bangsa Johor?TIDAK. Pemohonan adalah percuma.

Pendaftaran melalui Sistem Rumah Impian Bangsa Johor adalah terbuka dan dibuat sepenuhnya didalam talian (online).

5.Adakah Yayasan Sultan Ibrahim Johor melantik mana-mana ejen / orang perseorangan / syarikat untuk mengutip apa-apa wang bagi memohon Rumah Impian Bangsa Johor?Yayasan Sultan Ibrahim Johor TIDAK PERNAH melantik mana-mana ejen / orang perseorangan / syarikat untuk khidmat bantuan memohon Rumah Impian Bangsa Johor.

Segala proses permohonan adalah PERCUMA dan hanya boleh dibuat atas talian (online) di Laman Web dan Portal Sistem Rumah Impian Bangsa Johor.

6.Saya telah mengisi maklumat didalam laman web e-mohon Yayasan Sultan Ibrahim Johor, apa status permohonan saya?Butiran yang telah diisi oleh pemohon didalam laman web e-mohon Yayasan Sultan Ibrahim Johor akan dijadikan maklumat bagi permohonan lengkap oleh pemohon didalam Sistem Rumah Impian Bangsa Johor yang telah dilancarkan.
7.Saya tidak berkesempatan untuk mengisi maklumat didalam laman web e-mohon Yayasan Sultan Ibrahim Johor. Adakah saya layak untuk memohon melalui Sistem Rumah Impian Bangsa Johor?Permohonan hanya dibuka semula selepas saringan permohonan bagi Projek Bandar Dato’ Onn dan Bandar Baru Majidee selesai dilaksana.
8.Bilakah status permohonan kami boleh diketahui?Saringan Pemilihan akan dilaksana dan dijangka keputusan akan diperolehi didalam masa terdekat.
9.Kenapa perlu memohon semula di dalam Sistem Rumah Impian Bangsa Johor?Maklumat yang diisi didalam laman web yang dilancarkan pada 22 Mac 2017 merupakan maklumat ringkas bagi pra-pendaftaran dan pemohon perlu mengisi maklumat penuh permohonan masing-masing didalam Sistem Rumah Impian Bangsa Johor yang baharu.
10.Apakah kaedah untuk memilih calon pembeli berkelayakan?Pemohon akan melalui beberapa peringkat saringan sebelum pemohon yang berjaya ditawarkan.

Tapisan Pertama: Tapisan melalui Sistem Rumah Impian Bangsa Johor

Tapisan Kedua: Tapisan melalui Lembaga Pemilih Yayasan Sultan Ibrahim Johor

Tapisan Ketiga: Tapisan melalui Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan Ibrahim Johor

11.Adakah saya perlu menghantar dokumen-dokumen untuk permohonan saya ketika memohon di dalam Sistem Rumah Impian Bangsa JohorTidak perlu. Walaubagaimanapun, semua maklumat didalam permohonan masing-masing yang diberikan didalam talian (online) mestilah maklumat yang sahih dan benar.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui email masing-masing yang didaftarkan melalui akaun permohonan.

12.Bagaimana saya ingin menyemak permohonan saya?Pemohon boleh menyemak semula butiran permohonan masing-masing didalam Sistem Rumah Impian Bangsa Johor melalui akaun permohonan yang akan didaftarkan melalui no kad pengenalan masing-masing.
13.Kenapa saya perlu memasukkan butiran email?Pemohon hanya akan dimaklumkan sebarang perkembangan mengenai Rumah Impian Sultan Ibrahim melalui portal rasmi Sistem Rumah Impian Bangsa Johor dan juga melalui email SAHAJA.

Email juga adalah saluran untuk memberi  dan mendapat maklumbalas sekiranya pemohon terlupa kata laluan ataupun mempunyai sebarang pertanyaan kepada Yayasan Sultan Ibrahim Johor.

Adalah diingatkan supaya pemohon perlu memastikan butiran email yang diberikan adalah akaun email yang AKTIF dan BOLEH DIAKSES.

14.Kenapa saya perlu memasukkan butiran ibu bapa, pendapatan dan hartanah didalam Sistem Rumah Impian Bangsa Johor? Maklumat-maklumat perlu diberikan bagi memudahkan proses penentuan kelayakan setiap pemohon. Maklumat-maklumat tersebut juga akan disemak bagi memastikan Yayasan Sultan Ibrahim Johor membantu golongan yang betul-betul layak dan memerlukan.
15.Saya sengaja tidak memasukkan butiran lengkap dan/atau memasukkan butiran palsu atau didalam permohonan saya, apa akibatnya? Pemohon boleh hilang kelayakan sekiranya ada unsur penipuan didalam permohonan.

Disamping itu juga, pemohon juga boleh dikenakan tindakan undang-undang atas sebab tersebut.  

16.Bagaimanakah sekiranya saya ingin bertanyakan soalan berkenaan permohonan saya?Pemohon bolehlah menyalurkan sebarang soalan, pertanyaan, kemusykilan atau maklumbalas dan cadangan kepada Yayasan Sultan Ibrahim Johor melalui ruangan yang telah disediakan melalui portal Sistem Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim Johor.

Pemohon perlu memberikan maklumat yang betul dan lengkap bagi memastikan ketepatan jawapan dan maklumbalas pihak Yayasan Sultan Ibrahim Johor.

17.Di manakah projek ini akan dilaksanakan?Projek Rumah Impian Bangsa Johor ini akan dilaksanakan di 2 lokasi strategik didalam daerah Johor Bahru iaitu:

BilLokasi Projek Rumah Impian Bangsa Johor
1Bandar Dato’ Onn (BDO)
2Bandar Baru Majidee (BBM)
18.Berapakah jumlah sebenar rumah bagi projek ini?Jumlah Keseluruhan unit-unit yang akan ditawarkan bagi projek-projek Rumah Impian Bangsa Johor sebanyak 808 unit secara keseluruhan sebagaimana pecahan berikut:

BilLokasi Projek Rumah Impian Bangsa JohorJumlah Unit Keseluruhan
1Bandar Dato’ Onn (BDO)488
2Bandar Baru Majidee (BBM)320
BilLokasi Projek RIBJJumlah Unit Pecahan Kategori Unit
KategoriSaizUnit
1Bandar Dato’ Onn (BDO)488Rumah Sesebuah 2 Tingkat39’ X 59’29
Rumah Kluster 2 unit – 2 Tingkat 39’ X 49’156
Rumah Kluster 2 Tingkat37’ X 49’100
Rumah Teres 2 Tingkat19’ X 57’203
2Bandar Baru Majidee (BBM)320Pangsapuri1000 kp320
19.Berapakah harga rumah yang dimuktamadkan? Harga Rumah Impian Bangsa Johor yang ditetapkan adalah sebagaimana berikut:

BilLokasi Projek Rumah Impian Bangsa JohorHarga (RM)
1Bandar Dato’ Onn (BDO)80,000 – 100,000
2Bandar Baru Majidee (BBM)150,000
20.Apakah perkembangan projek Rumah Impian Bangsa Johor?Sehingga 31 Oktober 2018, dua Projek Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) sedang giat didalam pelaksanaan iaitu RIBJ Bandar Dato Onn dan RIBJ Bandar Baru Majidee.

Projek RIBJ Bandar Dato’ Onn dijangka siap pada akhir tahun 2020 manakala Projek RIBJ Bandar Baru Majidee dijangka siap pada akhir tahun 2019